Isteri jatuh cinta dengan Abang Angkat walaupun dia suami orang.

Memang cinta itu buta, tetapi jika terlampau mengikutkan nafsu yang menggila, cinta boleh membinasakan seluruh keluarga.

Inilah yang dikatakan sengaja mencari penyakit. Kini trend mencari Abang Angkat dan juga adik angkat begitu meluas dikalangan masyarakat.

Sepatutnya jika sudah berkeluarga, setiap pasangan harus mengelakkan diri dari terikut-ikut dengan emosi sehingga mampu menyebabkan runtuhnya ikatan yang dibina.

Tak perlu ada istilah abang atau adik angkat sekiranya sudah berkeluarga. Ia hanya akan membawa keburukan dan menyebabkan perasaan cemburu yang meluap-luap diantara pasangan.

Biarpun luahan yang dihantar oleh wanita ini tidak bernama, namun netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap tidak bersyukur dengan apa yang ada apabila jatuh cinta dengan abang angkatnya.

‘Masalahnya, saya jatuh cinta semula dengan ex walaupun dia suami orang’

Mana tidaknya, perkahwinannya yang sedia ada telah dikurniakan empat cahaya mata, namun hatinya masih tidak setia dan berpaling tadah apabila terjumpa semula bekas teman lelakinya.

“Saya seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak. Masalah saya, saya jatuh cinta semula dengan ex saya yang asalnya kami telah bersetuju untuk menjadi abang adik (angkat). Tetapi hati saya tak boleh melupakan dia biarpun sudah puas mencuba.

“Dia juga telah menjadi suami orang dan saya tak salahkan dia. Dia tidak menganggu rumah tangga saya pun. Malah dia cukup menyampah jika terserempak dengan saya. Annoying katanya.

“Tetapi semakin dia melarikan diri, semakin hati ini kuat menyayangi dia. Dia sangat istimewa buat saya.

“Dahulu, ketika lagi seminggu mahu merisik, dia putuskan hubungan apabila mendapat tahu yang saya sudah ada teman lelaki. Tetapi cinta tidak dapat dipaksa.. Macam manalah saya mahu mendapatkan dia semula?” kata seorang wanita di sebuah laman sembang sosial.

Dalam masa yang sama, wanita berkenaan meminta netizen tidak mengecamnya. Meskipun dia sudah bersuami dan mempunyai empat orang anak, terdetik di hatinya untuk melarikan diri saja bersama bekas kekasihnya itu.

Inilah jadinya apabila cinta palsu membutakan mata dan juga akal. Sewajarnya perhubungan suami isteri dijaga sebaik mungkin tambahan pula sudah mempunyai 4 orang anak. Bukannya sibuk bermain cinta sehingga lupa dunia.

Zaman sekarang bukan lelaki sahaja yang pandai curang terhadap pasangan, malah semakin ramai wanita juga bersikap sedemikian mungkin akibat dari pergaulan bebas semasa remaja. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *