Jangan gila kuasa

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa melepaskan jawatan Setiausaha Agung DAP selepas memegang jawatan tersebut sejak 2004.

Gesaan itu dibuat Datuk Rizal Mansor yang juga pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor selepas Lim Guan Eng memberikan alasan memegang jawatan utama DAP selama 16 tahun atas alasan teknikal.

“Sepatutnya, walaupun ada alasan teknikal, daripada segi moral, Lim Guan Eng perlulah melepaskan jawatan tersebut kepada orang lain dan tak gunakan alasan teknikal untuk kekal berkuasa.

“Hormatilah perlembagaan parti sendiri, jadi SUA setakat sembilan tahun sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal melabelkan Lim Guan Eng sebagai gila kuasa kerana masih memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang biarpun sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Katanya, jika pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah, DAP akan meminta supaya melepaskan jawatan dan menuduh pemimpin itu bersalah biarpun mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

“Kepada semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan latar belakang, parti beginikah yang mahu diharapkan untuk membawa perubahan kepada Malaysia?” soal Rizal.

 

Sumber – Astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *