Jepun Buka Kafe Berkonsepkan ‘My Little Pony’

Kafe atau restoran yang mempunyai satu konsep yang istimewa akan menjadi satu daya penarik yang akan menarik ramai penggunjung terutama sekali jika ia mempunyai konsep yang unik dan ‘instagramable.’

Menurut Rocketnews, terdapat sebuah kafe di Tokyo yang berkonsepkan kartun terkenal My Little Pony yang tersangat ‘instagramable’ serta pasti akan menarik perhatian pencinta makanan serta kartun itu untuk pergi ke kafe itu.

Kafe My Litte Pony Pinkish yang terletak di Harajuku, Jepun itu itu dikatakan sengaja dibuat berkonsepkan My Little Pony dan telah bekerjasama dengan satu kedai pencuci mulut yang terkenal di Jepun, Sweet Paradise.

Terdapat enam menu utama yang dijual di kafé itu antaranya adalah Pinkish Cupcake Pinkie Pie, Magical Ice Cream Parfait Twicight yang dibuat daripada kentang berwarna ungu yang cantik dan manis.

Selain itu, terdapat juga tujuh jenis minuman bertemakan Pony di kafe itu antaranya adalah Rainbow Dash Cotton Cloud Candy Soda yang kelihatan sanggat menggoda.  Minuman berwarna biru itu dihidangkan bersama gula-gula kapas yang lembut diatasnya bersama stiker Pony.

Yang menariknya, setiap penggunjung yang memesan makanan di kafe itu akan mendapat 6 stiker Pony bertemakan Holloween bersesuaian dengan sambutan Holloween pada hujung bulan Oktober ini.

Namun, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti sebelum menikmati makanan dan minuman di kafe itu. Pengunjung perlu membayar 1,530 yen (RM57) untuk menikmati hidangan secara bufet. Manakala, jika ingin menikmati makanan tambahan, pelangan perlu menambah 700 yen (RM26.30) sahaja.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *