Jepun Cipta Ayam Yang Boleh Bertelur Dadah Berharga

Jepun telah berjaya mencipta ayam yang telurnya mengandungi dadah atau ubat yang boleh melawan penyakit seperti kanser dan hepatitis.

Dadah jenis beta interferon adalah sejenis protein yang mengandungi antiproliferactive dan antiviral.  Atau dalam erti lainnya, sejenis dadah yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai sclerosis, penyakit yang melumpuhkan otak dan saraf tunjang.

Teknologi itu telah dibangunkan secara bersama-sama diantara Advance Industrial Science and Technology (AIST) di kawasan Kansai, Organisasi Pertanian dan Penyelidikan Makanan Kebangsaan di wilayah Ibaraki, dan Cosmo Bio, iaitu sebuah syarikat reagen di Tokyo.

Menurut laporan The Japan News, saintis telah mencipta ayam itu melalui teknik penyuntingan genom.  Pertama sekali, gen yang menghasilkan beta interferon akan diperkenalkan ke dalam sel yang menjadi sperma ayam.  Sel itu kemudian digunakan untuk menyuburkan telur yang menghasilkan anak ayam jantan.

Anak ayam jantan itu pula akan dikahwinkan dengan beberapa ekor ayam betina untuk menghasilkan telur yang mengandungi dadah.  Kini, sudah terdapat tiga ekor ayam yang akan mengeluarkan telur mengandungi dadah hampir setiap hari.

Interferon beta adalah dadah yang tersangat mahal, ia dijual dari harga 30 ribu yen sehingga ke 100 ribu yen (RM1,127 sehingga RM3,756) hanya untuk beberapa mikrogram.

Namun, dengan pengeluaran telur dadah itu di pasaran, harga interferon bete dijangka akan menurun secara drastik. Penjualan terawal telur itu, sebagai penyelidikan reagen akan berlaku pada tahun hadapan.

Oleh itu, saintis berharap yang kos dadah atau ubat itu akan menjadi kurang 10% daripada harga di pasaran pada masa akan datang. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *