Jepun Perkenalkan Bilik Hotel Terapung Yang Akan Bawa Tetamu Ke Pulau Terbiar

Jepun memang terkenal sebagai negara yang paling maju dari segi teknologi dengan ciptaan mereka yang aneh dan genius meskipun kadang-kala ciptaan mereka itu agak sukar diterima akal.  Sebagai contoh, hanya di Jepun sahaja terdapat ‘vending machine’ yang menjual kereta Smart atau seluar dengan lengkap dengan penghawa dingin.

Dan kini, salah satu ciptaan terbaru Jepun adalah bilik hotel terapung. Jika anda ingin menempah pakej percutian ke taman tema Huis Ten Bosch, Nagasaki, anda boleh memilih untuk pergi ke sana secara terapung merentasi beberapa pulau Jepun. Tetapi, bukan menaiki kapal tetapi menaiki bilik hotel yang berbentuk bulat.

Dan, jangan bimbang kerana bahagian dalam hotel terapung itu sama seperti bilik hotel yang biasa, cuma luarnya sahaja agak sedikit berbeza kerana hotel lain statik di satu tempat tetapi hotel ini pula terapung dan bergerak-gerak di atas air.

Dan, akan membawa penghuninya mengelilingi sekitar beberapa pulau di taman tema itu yang masih belum didiami sepenuhnya.

Destinasi terakhir bilik hotel terapung itu adalah Huis Ten Bosch, iaitu sebuah taman tema besar yang mencipta semula bandar Belanda di kota Nagasaki, Jepun dengan keluasan sebesar 42 ribu kaki persegi.

Meskipun sudah terdapat beberapa hotel di dalam taman tema itu, tetapi hotel terapung adalah satu kelainan yang paling inovatif dan perlu dicuba oleh pengunjung taman tema itu.

Setiap bilik hotel terapung itu mempunyai dua tingkat dan boleh menampung empat orang di dalam satu bilik.  Di bahagian atas bilik itu adalah tempat tidur manakala di bahagian bawah pula adalah bilik mandi dan ruang tamu.

Namun, bilik hotel terapung itu masih belum beroperasi, dan hanya boleh mula disewa pada hujung tahun 2017 ini dengan kos untuk satu malam di antara $266 sehingga $355 (RM1126 – RM 1503). –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *