Jika Jamal nak berniaga boleh dimana-mana sahaja – Faiz Fadzil

Sekretariat Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi tidak menghalang hasrat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu berniaga ikan murah pada himpunan rakyat yang akan diadakan pada 14 Oktober ini.

Walaupun permohonan untuk tapak berniaga yang disediakan sudah ditutup namun jika benar Jamal yang juga Pengerusi NGO Gerakan Merah itu mahu menjual ikan murah sangat dialu-alukan.

“Kita ada buka pusat jualan tetapi permohonan dah penuh. Jika dia (Jamal) nak berniaga boleh dimana-mana sahaja,” ujar Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil.

Bahkan Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu pula berkata:” Jika Jamal akan hadir dia boleh berniaga ikan dimana-mana sahaja di Petaling Jaya,” ujarnya.

Ditanya sama ada kehadiran Jamal kelak akan menimbulkan provokasi kepada peserta himpunan, Mohamad yang juga Presiden AMANAH menafikannya dan mengharapkan anggota polis dan pasukan keselamatan yang disediakaan oleh Pakatan Harapan akan dapat mengawal keadaan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sekretariat Mobilasi Himpunan menjawab pertanyaan media berkaitan hasrat Jamal itu untuk hadir ke perhimpunan rakyat kerana mendakwa harga ikan mahal di sebabkan ‘orang tengah’ adalah dikalangan taukey ikan penyokong DAP.

Hari ini Malaysiakini dipetik berkata, Jamal merancang untuk menjual ikan semasa perhimpunan anti-kleptokrasi yang diadakan pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya pada hari Sabtu.

Jamal dijangka akan menjual ikan pada sebelah petang.

Dalam laporan berita lain, Jamal menceritakan bagaimana perhimpunan itu sepatutnya mempunyai suasana seperti karnival dengan banyak peniaga yang dijangka menjual produk masing-masing.

Justeru katanya, kehadirannya dalam himpunan itu tidak perlukan permit.

 

Sumber – malaysiadateline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *