Kami terbuka, sentiasa sokong apa sahaja usaha SPRM untuk cegah rasuah – Fadillah

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kementerian Kerja Raya menyambut baik hasrat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan senarai 10 kementerian paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bukan sahaja dapat mengukuhkan kementerian serta agensi-agensi di bawahnya malah boleh dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kementerian yang lain.

“Kami sangat terbuka dan akan sentiasa menyokong apa sahaja usaha SPRM untuk mencegah rasuah asalkan dilakukan secara terbuka serta ada sistem untuk mengukur yang boleh diterima pakai semua pihak.

“Apabila senarai itu dipamerkan kelak, saya percaya akan wujud kesedaran, persaingan dan akhirnya kita akan ambil tindakan sekiranya tersenarai dalam antara kementerian yang mempunyai prestasi tercorot seterusnya berusaha untuk keluar daripada senarai itu,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Juru ukur Bahan Antarabangsa 2017 di sini hari ini.

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *