Kapal perang tentera laut USS Shiloh seperti penjara terapung

YOKOSUKA – JEPUN. Kelasi kapal perang tentera laut Amerika Syarikat (AS) USS Shiloh menyifatkan ia umpama penjara terapung.

Perkara tersebut didedahkan oleh Navy Times selepas memperolehi ratusan muka surat sebuah survey melibatkan kelasi kapal berkenaan.

Dua pegawai tentera laut AS mengesahkan suvery ke atas kapal perang yang beroperasi di Yokosuka, Jepun tersebut adalah benar.

Menurut survey tersebut, sebanyak 31 peratus kelasi percaya mereka akan dilayan dengan adil.

Selain itu, hanya 37 peratus kelasi bersetuju ‘mempunyai motivasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada tentera laut AS’.

Difahamkan, survey dibuat untuk meningkatkan prestasi komander USS Shiloh, Kapten Adam Aycock.

Pegawai tentera laut AS sendiri mengaku tidak tahu bagaimana Aycock kekal sebagai seorang komander walaupun hasil survey teruk.

Survey juga menyentuh hukuman dari Aycock terhadap kelasi baharu, antaranya dikurung dan hanya diberikan roti dan air.

“Pemandu teksi di markas pun kenal kami sebagai kelasi kapal ‘USS Roti Dan Air’,” kata seorang responden survey.

USS Shiloh merupakan sebahagian dari Armada Ke-7 tentera laut AS yang menghadapi pelbagai masalah, termasuk pelanggaran maut melibatkan USS Fitzgerald dan USS John McCain.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *