Kerajaan Britain dakwa pedofilia guna WhatsApp lebih susah ditangkap

MANCHESTER – BRITAIN. Kerajaan Britain mendakwa penjenayah dan pedofilia yang beroperasi menggunakan aplikasi WhatsApp lebih susah untuk ditangkap.

Ianya gara-gara komunikasi antara pengguna WhatsApp yang sulit (encryption) dan penuh sekuriti.

Selepas empat serangan pengganas yang mengorbankan sejumlah 36 mangsa tahun ini, menteri-menteri menggesa organisasi berkaitan untuk membantu mengurangkan komunikasi ekstrim dan mendedahkan komunikasi sulit.

Perdana Menteri, Theresa May yang merupakan bekas menteri dalam negeri mencadangkan pada Jun supaya undang-undang melibatkan dunia maya digubal.

Teguran oleh orang awam dan cadangan Theresa lantas ditentang oleh industri tersebut dan ia mengecewakan kerajaan Britain.

Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd dengan lantang menyuarakan pendapat beliau mengenai isu tersebut.

“Kami tahu servis komunikasi sulit seperti WhatsApp digunakan oleh pedofilia,” kata Amber dipetik laporan Reuters.

Komunikasi di dalam WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook dan beberapa aplikasi komunikasi lain hanya boleh dibaca hanya dengan kebenaran pengguna atau akses kepada peranti terlibat.

“Saya tidak bersetuju yang syarikat-syarikat membenarkan penjenayah beroperasi di luar batasan undang-undang.

“Kami menggesa syarikat-syarikat terbabit bertindak pantas dan agresif (dalam mengekang komunikasi ekstrem). Mereka tahu caranya dan ia perlu dilakukan segera,” kata Amber.

Selain WhatsApp, gergasi laman sosial lain seperti Facebook, Google, Microsoft dan Twitter juga digesa bertindak.

Setakat ini, perkhidmatan sekuriti Britain, MI5 masih lagi memerlukan kebenaran untuk memeriksa komunikasi sulit dalam usaha menggagalkan rancangan ekstremis.

Keadaan serupa berlaku di Amerika Syarikat di mana majlis kongress tidak membenarkan akses komunikasi sulit sepenuhnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *