Kerap Tidak Bersarapan Boleh Menyebabkan Serangan Jantung

Sarapan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang dan disebabkan itu sarapan telah dianggap sebagai satu rutin makanan penting yang perlu dilakukan tidak kira betapa sibuk pun seorang individu itu.

Malah, melewatkan pengambilan sarapan atau jika tidak bersarapan boleh menyebabkan individu itu menderita penyakit yang boleh membawa kepada kematian.

Mengambil sarapan terbukti sebagai sumber tenaga yang baik untuk menyokong setiap aktiviti yang dilakukan kerana apabila seorang individu itu melambatkan pengambilan sarapan atau tidak bersarapan mereka akan berasa penat, dan metabolism juga menjadi perlahan.

Hasil kajian sekumpulan pengkaji dari Universiti Tufts menunjukkan individu yang sering melambatkan pengambilan sarapan atau tidak bersarapan secara teratur berisiko untuk menghidap penyakit jantung dan strok.

Kajian itu juga mendedahkan apabila seorang individu itu tidak mengambil sarapan, badan mereka akan mengeluarkan enzim tertentu, sehingga terhasil lebih banyak tenaga meskipun tanpa makanan.  Enzim seperti itu boleh menyebabkan arteri menjadi sempit.

Selain itu, enzim itu juga boleh menyebabkan plak terbentuk pada arteri yang sempit sehingga terjadinya darah beku, yang akhirnya menyebabkan berlakunya strok dan serangan jantung.

Disebabkan kesannya membawa maut, seeloknya jangan melambatkan atau mengelak dari bersarapan.  Meskipun terlalu sibuk, pastikan anda mengambil makanan segera seperti oat, roti gandum, buah, salad buah, omlet, atau menu sarapan sihat yang lain.

Namun menurut Boldsky, jangan mengambil nasi sebagai sarapan kerana sumber karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan kesan yang lain pula. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *