Kesunyian Boleh Membunuh?

Bagi individu yang tidak mempunyai kawan atau pasangan perasaan sunyi sering dirasai terutama sekali di tengah-tengah malam. Pada sesetengah orang mereka boleh hidup tanpa pasangan namun sebenarnya hidup dalam kesunyian boleh membahayakan kesihatan.

Menurut satu kajian yang dilakukan pada tahun 2016, American Osteopathic Association menemui yang hampir 75% orang Amerika tidak mempunyai kawan dan sering berasa kesunyian.

Dalam data kajian isu yang sama pada tahun sebelum itu juga menunjukkan fakta yang jumlah orang yang tiada seorang kawan rapat telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak dari tahun 1985.

Bercerita mengenai kesunyian sama seperti bercerita mengenai cara mengatasi kesunyian itu. Cara yang paling kerap dilakukan adalah merokok. Merokok ketika berasa sunyi atau tidak, ia tetap membahayakan kesihatan.

Berdasarkan data kajian itu, orang yang kesunyian dikatakan boleh merokok sehingga 15 batang rokok dalam masa satu hari dan jumlah itu pula berbeza jika individu itu mempunyai kesunyian dan kemurungan serentak.

Pakar Bedah Umum, Vivek H. Murthy menjelaskan dalam jurnal Harvard Business Review, jumlah orang yang mengalami kesunyian kini terlalu ramai malah jumlahnya melebihi jumlah pesakit yang menderita penyakit tidak berjangkit.

Selain itu, salah satu kesan sampingan kepada kesunyian adalah perasaan cemas dan kemurungan yang boleh merebak menjadi masalah cardiovascular dan dementia. Masalah ini boleh terjadi disebabkan oleh interkasi sosial atau interaksi yang tidak berjalan dengan lebih mendalam.

Keadaan seperti itu boleh membuatkan tekanan di dalam badan orang yang kesunyian meningkat lalu mengurangkan kemampuan otak untuk berfungsi 100%.

Perlu diketahui yang semakin tinggi tekanan yang dialami seseorang itu semakin terdedah badan mereka kepada kadar hormon cortisol yang tinggi. Dimana hormon itu boleh merosakkan pembuluh darah dan tisu lain, meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, sakit sendi, kemurungan, obesiti, dan akhir sekali kematian pra-matang.

Sementara itu, kajian daripada Universiti Oxford menunjukkan mempunyai tiga daripada lima orang kawan rapat di dalam hidup adalah sangat baik kerana boleh menstabilkan fungsi keseluruhan badan. Ini kerana, kawan boleh membuatkan hidup seseorang itu lebih bahagia dan gembira. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *