Ketulan pada ketiak disangka kanser rupanya dakwat tatu

SEORANG wanita dalam kebimbangan apabila mendapati terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Dia bimbang ketulan itu adalah kanser.

Namun wanita itu yang berusia 30 tahun dan berasal dari Australia itu, tidak menyangka bahawa ketulan itu rupa-rupanya terhasil daripada dakwat tatu.

Dia mempunyai dua tatu, iaitu satu tatu besar di bahagian belakangnya yang dilakukan kira-kira 15 tahun lalu manakala tatu kecil di bahagian lengannya dilakukan tiga tahun lepas.

Dan dakwat dari tatu besar yang berusia 15 tahun itulah yang menyebabkan ketulan terbabit.

Menurut pakar yang merawatnya, Dr. Christian Bryant, beliau tidak mengetahui apa yang menyebabkan tindak balas secara tiba-tiba hingga mengakibatkan dakwat tatu itu membentuk menjadi ketulan.

“Kebanyakan orang yang mempunyai tatu tidak berdepan dengan masalah. Bagaimanapun kes ini tidak akan menyebabkan sebarang masalah yang besar kepada wanita itu,’’ katanya.

Dr. Bryant juga mengakui beliau dan rakan sekerjanya tidak pernah melihat kes berkenaan sebelum ini.

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *