Sanggup Bersusah Giling Cili Untuk Enam Orang Anak Tetapi…

Tiada cinta di dunia ini yang mampu tandingi rasa cinta dan kasih ibu bapa kepada anak-anak mereka.  Setiap ibu bapa sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan anak-anak mereka selamat dan gembira, meskipun terpaksa mengadaikan kebahagiaan dan keselamatan mereka sendiri.

Walaupun mereka tidak pernah meminta sebarang balasan, tetapi sudah diketahui yang setiap anak perlu menjaga ibu bapa mereka sendiri sewaktu mereka sudah tua dan tidak berdaya lagi.

Malangnya, orang zaman sekarang terlalu sibuk dengan kehidupan mereka sendiri sehingga terlupa kepada orang yang telah membesarkan mereka.  Sementara sesetengah orang terlalu sibuk dengan kerja mereka, terdapat juga segelintir orang yang lebih memilih untuk memutuskan ikatan itu terus.

Namun, bagi pasangan tua daripada Shanxi, China ini, mereka berharap dapat meluangkan masa bersama keenam-enam orang anak mereka semasa Festival Menuai Pertengahan Musim Luruh atau juga dikenali sebagai Festival Bulan.

Festival itu adalah masa dimana ramai keluarga China menghabiskan masa berkumpul dengan orang-orang tersayang.  Oleh sebab, ke semua anak mereka menyukai cili giling yang mereka buat, mereka sangka itu pasti akan menjadi hadiah yang paling terbaik untuk anak-anak mereka.

Membuat cili giling adalah satu tugas yang berat terutama sekali kepada orang yang telah berusia.  Namun, Lee, 71 tahun dan isterinya, Zhang sanggup kerana memikirkan kerja keras mereka itu akan berbaloi selepas melihat muka anak-anak mereka nanti.

Dengan menggunakan penggiling batu di kampung itu, Lee telah menolak penggiling itu untuk membuat untuk beberapa hari secara bergilir-gilir dengan isterinya yang juga menambah garam dan bawang putih untuk membuatkan ia bertambah lazat.

Apabila dihalang oleh jiran-jirannya, Lee mengatakan yang anaknya akan pulang dalam masa dua hari, mereka akan mencari cili giling itu. Jadi, dia perlu terus menggiling cili itu.

Tetapi, sebaik sahaja mereka selesai menggiling cili itu dan meletakkannya ke dalam botol, satu mesej melalui aplikasi WeChat masuk mengatakan keenam-enam anak mereka sibuk bekerja, dan tidak akan pulang ke kampung.

Sebaik sahaja mendengar berita itu, Lee terus menangis, manakala Zhang melalui harinya seperti biasa, berpura-pura tidak sedih kerana tidak mahu anaknya rasa bersalah kerana tidak dapat pulang.

Keesokan harinya, Lee dan isterinya tidak menyambut festival itu tetapi telah pergi ke ladang untuk bekerja.  Apabila ditanya, mereka mengatakan ingin mencari wang lebih untuk menolong kurangkan beban anak mereka, jadi mereka boleh pulang ke rumah Tahun Baru Cina nanti. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *