Kucing Diburu Polis Kerana Cederakan Seorang Kanak-Kanak

Jika selama ini kita sering dengar penjenayah paling dikehendaki polis kini anda akan dengar sesuat yang baru apabila seekor kucing bernama Marbles menjadi kucing yang paling “dikehendaki” oleh polis di Hong Kong.

Menurut Coconuts, Marbles adalah seekor kucing yang paling disayangi dan mula mendapat tumpuan orang ramai selepas dia dituduh telah mencakar muka seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga meninggalkan kesan calar sepanjang 5mm.

Kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak itu bersama ibunya telah pergi membeli barang di farmasi yang merupakan tempat tinggal Marbles dan disebabkan ibu kanak-kanak itu telah menfailkan aduan kini, pihak berkuasa sedang memburu Marbles.

Malah bukan pihak berkuasa sahaja, tetapi Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) juga turut mengeluarkan perintah supaya menyerahkan Marbles kepada pihak berkuasa dengan segera.

Namun oleh sebab Marbles adalah kucing yang paling disayangi di Kwun Tong sehingga seorang ahli parlimen bernama Roy Kwong telah meminta pihak berkuasa supaya mengalah sambil melancarkan petisyen dapatkan sokongan orang ramai untuk membela nasib Marbles.

Berdasarkan ‘page’ Facebook yang dibuat untuk menyokong Marbles, petisyen itu telah mendapat kira-kira 70 ribu tanda tangan.

Selain itu, di ‘page’ itu juga Roy telah menjelaskan yang pemilik farmasi itu telah menawarkan ingin membayar bil perubatan kanak-kanak itu di klinik berdekatan, tetapi ibunya menolak.

Marbles pula dilaporkan berada di dalam keadaan tidak sihat sehingga tidak boleh makan dan telah diletakkan di klinik vaterinar swasta. Doktor melaporkan yang keadaan Marbles sebagai “not in a good physical state.”

Pemilik serta pekerja farmasi itu tetap yakin yang Marbles adalah mangsa tuduhan palsu, malah salah seorang pekerja farmasi itu bertindak menunjukkan rakaman CCTV farmasi itu kepada wartawan tempatan sebagai bukti yang Marbles tidak bersalah.

Parti Liberal Hong Kong juga turut mempertahankan Marbles dengan mengatakan yang Marbles telah mendapat suntikan vaksi jadi dia bebas daripada rabies. Namun, AFCD tetap mengatakan yang mengikut Cap 41 Rabies Ordinance Law, kucing itu perlu disimpan untuk pemeriksaan rabies.

Diharap mereka berjaya dapatkan keadilan untuk Marbles. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *