Latheefa tak tahu, dia hanya tahu perjuangan kumpulan ‘kartel Azmin’ semata-mata – Khalid

KUALA LUMPUR – Akibat mengkritik kerajaan negeri Selangor berhubung perobohan dua rumah dan lot kedai di Subang, bekas peguam kepada Anwar Ibrahim, Latheefa Koya melabel Ketua Pemuda PSM, Khalid Ismath sebagai budak biadap.

Dalam tulisan di Facebook miliknya, Latheefa berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar sepatutnya lebih mengetahui isu sebenar berkenaan isu probohan dua rumah tersebut.

Ia merujuk kepada status yang dimuat naik di akaun Facebook milik Khlaid Ismath yang dilihat bersetuju dengan kenyataan Noh Omar yang menyifatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak tahu undang-undang apabila menuding jari kepada kerajaan Persekutuan berhubung isu tersebut.

“Kalau ikut budak biadap dari PSM, puji Noh Omar sebagai graduan undang-undang maka dia patut tahu lebih banding dengan Menteri Besar. Kah Kah Kah! Tahap puji Noh Omar.”

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, sebagai Ahli Majlis Pemimpin Pusat PKR, Latheefa Koya sepatutnya memperbanyakkan membaca sejarah perjuangan tokoh-tokoh pemimpin lama daripada PKR.

Pembacaan tersebut, menurut Khalid, supaya Latheefa mengetahui perjuangan asal parti itu yang banyak mengangkat isu-isu rakyat tertindas. Tambahnya, ia berikutan pendirian Latheefa berkenaan isu perobohan tersebut, dilihat hanya ‘mengikut bontot’ Azmin Ali secara bulat-bulat.

“Adik-beradik dia(Latheefa), malah bapa dia juga penulis. Pinjamlah bahan bacaan mereka berkenaan perjuangan tokoh-tokoh lama PKR yang berjuang membela nasib rakyat tertindas seperti kes di Subang ini.

“Latheefa tak tahu, apa sejarah perjuangan parti dia, dia hanya tahu perjuangan kumpulan ‘kartel Azmin’ semata-mata. Sebab tu dalam isu perobohan rumah di Subang, Latheefa nampak bodoh apabila dilihat mempertahankan tindakan kerajaan negeri Azmin,” katanya.

Pada 4 Okt lalu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling (PTP) merobohkan dua rumah dan tiga kedai yang dibina di atas tapak yang dipajakkan kepada Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB).

Rumah dan kedai tersebut sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

 

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *