Lelaki Bela Siput Sebesar Tapak Tangan

Bukan semua orang suka dengan haiwan reptilia, serangga atau haiwan bercengkerang malah sesetengah orang itu sampai mempunyai fobia yang teruk, sehingga melihat gambar haiwan-haiwan itu sahaja sudah tidak berasa geli atau trauma.

Namun, seorang lelaki telah meneruskan hobinya dengan penuh keberanian iaitu membiak haiwan-haiwan yang mengelikan itu.

Adrian Kozakiewickz merupakan pembiak untuk beberapa spesis haiwan yang terbesar di Eropah.  Salah satu haiwan biakkannya adalah mollusk atau haiwan berbadan lembut seperti siput tetapi bukan siput biasa yang dilihat di dalam longkang.

Ini kerana siput yang dibaik oleh Adrian itu adalah dari spesis ‘Archachatina Marginata’  dan didakwa adalah spesis siput yang paling terbesar di dunia.  Siput daripada Afrika Barat itu boleh membesar sepanjang 20cm dan hidup sehingga 10 tahun.

Mungkin, siput itu boleh gantikan kucing kerana kucing juga boleh hidup selama 10 tahun.

Baru-baru ini, Adrian telah menunjukkan “hasil kerjanya” kepada netizen dan perkongsian Adrian itu telah menimbulkan kekecohan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di akaun Youtube bernama ‘InsecthausTV’ pada pertengahan bulan September lalu, Adrian telah menunjukkan siput yang hasil kerjanya yang sebesar tapak tangan. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *