Lelaki Botak Dianggap Lebih Berkeyakinan Dan Maskulin

Salah satu proses penuaan yang terjadi kepada kebanyakan lelaki adalah kehilangan rambut yang mungkin boleh membawa sehingga menjadi botak.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Pennsylvania lelaki yang memilih untuk botak atau mencukur rambut sebenarnya lebih berkeyakinan dan maskulin berbanding lelaki yang berambut.

Selepas mengumpulkan pelajar lelaki dan perempuan untuk menilai beberapa gambar lelaki, data kajian itu menunjukkan hasil yang berlawanan daripada kepercayaan orang ramai.

Ini kerana lelaki yang tidak berambut atau botak mendapat markah yang tinggi dari segi daya tarikan, kelihatan lebih berkeyakinan dan dominan terhadap wanita.

Menurut The Independent, kriteria itu telah dibahagikan keapda tiga bahagian iaitu daya tarikan keseluruhan, keyakinan dan dominasi.

Seperti yang dikatakan, individu yang botak berani secara semula jadi di dalam semua perkara, manakala meraka yang mempunyai rambut yang nipis masih lagi dinilai lebih baik berbanding dengan mereka yang berambut tebal.

Selain dianggap lebih diingini, botak juga boleh membuatkan seorang lelaki itu kelihatan lebih tinggi dari ketinggian mereka yang sebenar. Berdasarkan catatan hasil kajian itu,

Sewaktu membandingkan kepala yang telah dicukur dengan kepala yang berambut, lelaki botak kelihatan tinggi satu inci dari ketinggian asal mereka dan 13% lebih kuat.

Tetapi, disebabkan hanya rambut sahaja yang diubah dalam gambar itu, faktor lain tidak dapat menjelaskan perbezaan itu.

Sementara itu, penyelidik kajian itu juga turut berkongsi teori mereka mengenai mengapa lelaki botak lebih dikenali dari rakan-rakan mereka yang lain.

Memilih untuk mengetepikan seseorang itu disebabkan oleh rambutnya boleh dikatakan satu tingkah laku tidak lisan, satu bentuk penjelasan penyampaian maklumat mengenai diri sendiri yang sukar dinilai.

Selain itu, mereka juga menggesa lelaki botak untuk berasa bangga dengan penampilan semula jadi mereka dan bukan mencari pelbagai cara untuk mendapatkan semula rambut mereka.

Dari habiskan beribu-ribu wang setiap tahun untuk mendapatkan atau menyembuhkan rambut gugur, preskripsi counterintuitive penyelidikan ini menyarankan lelaki yang kurang berambut untuk mencukur rambut mereka.

-utaranews.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *