Lelaki warga Jepun maut, dua cedera kebakaran hotel mewah terkenal

YANGON – Seorang lelaki warga Jepun terkorban manakala dua lagi cedera dalam kebakaran yang meranapkan hotel mewah terkenal yang diperbuat daripada kayu jati, Kandawgyi Palace di sini awal pagi ini.

Mangsa yang berusia lingkungan 50-an merupakan seorang ahli perniagaan.

Wakil Htoo Group yang memiliki hotel berkenaan, Htay Lwin berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk memastikan punca kebakaran yang berlaku pukul 3 pagi waktu tempatan.

Seramai 140 penginap berada di hotel berkenaan semasa kebakaran berlaku.

Bangunan yang mempunyai reka bentuk kolonial itu dimiliki ahli perniagaan terkenal Myanmar, Tay Za yang didakwa meraih kemewahan di bawah pemerintahan bekas junta.

Hartawan kontroversi itu yang memperoleh berjuta-juta dolar ekoran hubungan rapatnya dengan pihak tentera membina empayar Htoo Group yang aktif dalam perniagaan pembinaan, balak, pusat peranginan dan perkhidmatan penerbangan. – AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *