Madu Elvish, Madu Termahal Di Dunia

Madu sangat terkenal sebagai makanan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan dalam dan juga luaran. Ini kerana madu mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, vitamin B6, niacin, protein, antioksida, serta karbohidrat yang kuat untuk melindungi badan dari pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.

Namun, cecair manis itu juga mempunyai pelbagai jenis serta harga yang berbeza.  Sebelum ini, seorang pengusaha madu di Turki telah menarik perhatian pencinta makanan antarabangsa selepas Berjaya menghasilkan madu yang termahal di dunia.

Menurut seorang pemelihara lebah yang bernama Gunay Gunduz, madu jenis Elvish itu telah diproses mengunakan sarang lebah yang terletak di dalam gua sedalam 1,800 meter di Sarcayir, bandar Artvin, utara Turki.

Pada awal pertemuannya pada tahun 2009, Gunduz telah terlihat sekumpulan lebah memasuki gua itu. Dia kemudian terfikir ada kemungkinan yang lebah-lebah itu telah buat sarang di dalam gua itu.

Dengan bantuan pendaki profesional, mereka telah berjaya masuk ke dalam gua itu dan menemui kira-kira 18kg madu terlekat pada dinding gua.

Selepas penemuan itu, Gunduz telah meminta bantuan pakar untuk mengkaji madu-madu itu, dan pakar mengesahkan madu yang ditemui oleh Gunduz itu telah berusia 7 tahun dan mempunyai kualiti dan khasiat yang sangat tinggi.

1kg madu Elvish yang pertama telah dijual dengan harga 45 ribu euro (RM225,075) di bursa saham Perancis pada tahun 2009, manakala setahun selepas itu, seorang ahli farmasi China telah membeli 1kg madu Elvish seterusmya dengan harga 28 ribu Euro (RM140,046).

Madu itu telah diproses dengan cara semula jadi, tanpa sarang.  Tempat penghasilannya juga kaya dengan tanaman endamik dan ubat.  Semua ini telah mempengaruhi kualiti dan harga madu itu.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *