Mahkamah Australia, terima pesanan teks seorang lelaki sebagai wasiat

MAHKAMAH Agung Brisbane, Australia, semalam, menerima pesanan teks belum dihantar seorang lelaki mewasiatkan rumah dan pencen kepada adik lelakinya, bukan kepada isteri dan anaknya sebagai dokumen sah.

Draf pesanan teks kepada adiknya itu ditemui dalam telefon lelaki berkenaan selepas dia membunuh diri pada Oktober 2016, ketika berusia 55 tahun.

Menurut mahkamah, pesanan teks itu menggambarkan hubungan hambar lelaki itu dengan isterinya berbunyi: “Kamu dan (anak saudara) ambil semua yang ada, rumah dan pencen, letakkan abu mayat saya di taman belakang rumah… (isteri) hanya boleh ambil semua barangannya, dia kembali LAGI kepada bekas kekasihnya, saya kalah.”

Pesanan itu juga menyertakan maklumat lengkap akaun bank lelaki berkenaan diakhiri dengan ‘Wasiat Saya’ serta karektor senyum ‘smiley’.

Isteri lelaki itu berhujah pesanan teks itu tidak boleh diterima kerana tidak dihantar namun menurut mahkamah, kata-kata dalam pesanan itu menunjukkan hasrat lelaki terbabit mahukan ia dimasukkan dalam wasiatnya.

Menurut mahkamah, lelaki itu tidak berhubung dengan anak lelakinya manakala hubungan dengan isterinya amat hambar.

Namun, isteri lelaki itu boleh mengemukakan permohonan lanjut bagi menuntut harta mengikut undang-undang keluarga,

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *