Mayat terakhir gempa bumi Mexico City ditemui

MEXICO CITY – MEXICO. Anggota kecemasan mengeluarkan korban terakhir daripada runtuhan gempa bumi yang menggegarkan Mexico 19 September lalu dan meragut lebih 360 nyawa.

Menurut Timbalan Setiausaha untuk Hak Asasi Manusia, Roberto Campa dalam satu kenyataan dimuat naik di Twitter, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa di bawah runtuhan bangunan tujuh tingkat selepas 15 hari usaha mencari dilakukan.

“Berdasarkan senarai disediakan ahli keluarga dan saksi yang bekerja di bangunan yang runtuh serta rakan mereka, kami tidak menjangkakan untuk menemui mangsa lain,” jelas Datuk Bandar Mexico, Angel Mancera dalam satu temu bual televisyen, lapor AFP.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *