Mimpi buruk kemanusiaan di kem pelarian Rohingya

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang mimpi buruk kemanusiaan di kem pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh, yang kini melindungi lebih setengah juta etnik minoriti tersebut.

Ketua Pejabat Program Makanan Sedunia PBB di Cox’s Bazar, Karim Elguindi menyifatkan kemasukan besar-besaran pelarian Rohingya sebagai menyedihkan.

“Pelarian terus datang dan kami tidak mempunyai ruang yang cukup di kem sedia ada untuk menampung mereka. Saya tidak tahu berapa ramai Rohingya masih berada di Myanmar tetapi ramai lagi sedang menuju ke Bangladesh,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan dan sanitasi antarabangsa percaya keadaan kem yang sesak mampu mencetuskan bencana kesihatan skala penuh, selain boleh menyebabkan penyebaran penyakit seperti kolera dan cirit-birit, lapor Press TV.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *