Model Adidas Dikritik Kerana Kaki Berbulu?

Baru-baru ini seorang model Sweden telah menjadi bahan kritikkan kerana menunjukkan kakinya yang berbulu.

Arvida Bystrom dipilih untuk menjadi model untuk kasut terbaru keluaran Adidas iaitu Adidas Superstar. Berikutan pelancaran kasut terbaru itu juga, Adidas telah mengeluarkan satu video di Youtube yang menunjukkan Arvida mengayakan kasut Adidas Superstar itu.

Malangnya, video yang dimuat naik pada hujung bulan September itu tidak mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana ramai menganggap model yang berusia 26 tahunn itu tidak feminin kerana “kurang menjaga” kakinya.

Disebabkan penampilannya tidak seperti model-model lain yang sentiasa menjaga penampilan diri mereka, dengan memakai pakaian yang kemas serta mencukur segala bulu yang terdapat pada badan mereka, Arvida telah dikritik netizen.

Arvida juga mendakwa yang dia akan mendapat pelbagai komen yang tidak berapa bagus daripada netizen setiap kali dia memuat naik gambar di Instagram.  Malah, Arvida juga akan menerima pelbagai mesej berbaur kritikan serta ugutan.

Malah, terdapat juga seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah mengugut ingin merogol Arvida. Namun, Arvida memilih untuk tidak memikirkan masalah itu dan menganggap orang ramai masih belum boleh menerima kesamaan jantina.

Saya berasa selesa dengan badan saya, dan saya rasa tiada apa yang salah dengannya.

Pihak Adidas juga turut campur tangan dalam hal ini dengan menulis di Instagram mereka yang Arvida Bystrom adalah salah satu karaketer wanita yang kuat kerana dia berani menyoal maksud feminis dan jantina di dalam masyarakat.

Hal itu juga telah menjadi penyebab utama mengapa Adidas memilih Avida untuk menjadi model Adidas Superstar.

Semetara itu, Arvida Bystrom memang sudah terkenal di Instagram dengan jumlah ‘followes’ mencecah 202 ribu.  Di dalam setiap gambar yang dimuat naiknya, Arvida tidak malu untuk menunjukkan bahagian-bahagian badannya yang tidak dicukur dan dipenuhi bulu dengan penuh keyakinan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *