Model Russia, Vlada Dzyuba Meninggal Dunia Selepas Bekerja 12 Jam Tanpa Henti

Akibat keletihan yang teruk seorang model daripada Russia telah meninggal dunia selepas lakukan pertunjukan fesyen selama 12 jam di Shanghai, China.

Selepas membuat pertunjukan sempena Shanghai Fashion Week, Vlada Dzyuba dikatakan telah pengsan lalu koma dan disahkan meninggal dunia dua hari kemudian di hospital selepas doktor gagal merawatnya.

Menurut Fox News, selain daripada kepenatan yang teruk, meningitis atau radang otak yang kronik juga boleh menjadi punca kematian model yang berusia 14 tahun itu.

Vlada dikatakan telah terikat dengan salah satu agensi permodelan, dan baru tiga bulan bekerja di China tetapi sepanjang tempoh kontraknya, Vlada dikatakan telah bekerja tanpa henti dan terlalu takut untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Meskipun berapa jam masa bekerja Vlada masih belum diketahui namun menurut undang-undang, Vlada sepatutnya hanya bekerja selama tiga jam seminggu sahaja.

Selain itu, Fox News turut menyatakan yang ramai model-model daripada Russia telah diambil bekerja di China dan kematian Vlada itu telah meningkatkan kebimbangan yang besar dalam dunia permodelan. Ramai mula mempertikaikan bagaimana keadaan model itu bekerja serta layanan yang diterimanya.

Kerajaan Mascow kini sedang berusaha mencari penjelasan lanjut mengenai keadaan Vlada sepanjang bekerja di Asia.

Selain itu, menurut laporan Siberian Times, beberapa saat sebelum berjalan di atas pentas peragaan suhu badan Vlada telah meningkat.

Ibu Vlada, Oksana juga mengatakan yang anaknya itu sempat menghubunginya dan mengatakan badannya tersangat penat dan dia ingin tidur lama.

Itu pasti tanda-tanda awal. Kemudian suhu badannya naik.  Saya tidak boleh tidur dan asyik menelefonnya, merayu supaya pergi ke hospital.

Sementara itu, ketua agensi permodelan Vlada, Elvira Zatseva mengatakan yang dia tidak pernah menyangka kejadian tragik seperti itu akan berlaku dan menyesal kerana tidak periksa kontrak kerja Vlada terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke China.

Tiada siapa sangka situasi seperti ini akan berlaku.  Kami sekarang sangat menyesal dengan apa yang terjadi.

Kini, pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan lanjut ke atas ke Vlada itu. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *