Netizen Korea Mula Terima Fesyen ‘No-Bra’ Sulli

Pelakon dan model terkenal Korea Selatan Sulli telah menarik perhatian netizen di Korea Selatan dengan fashion “No-Bra” yang sering digayakannya.

Jika sebelum ini, bekas ahli kumpulan f(x) itu akan dihujani dengan kritikan dan komen negatif daripada netizen setiap kali memuat naik gambarnya tanpa memakai bra tetapi kini tidak lagi kerana reaksi netizen terhadap fesyen Sulli itu ternyata telah berubah.

Ia terbukti apabila baru-baru ini, Sulli telah memuat naik beberapa gambar di Instagram untuk menunjukkan kepada peminatnya gaya rambut barunya ketika memakai baju berwarna merah jambu.

Namun, salah satu gambar Sulli itu telah menarik perhatian orang ramai berbanding gambar lain kerana dari gambar itu jelas kelihatan Sulli tidak memakai bra.

Dan, seperti biasa itu bukanlah kali pertama Sulli dilihat tidak memakai bra dan dibanjiri dengan komen negatif dari netizen.

Tetapi, semua itu telah berubah kini kerana sesetengah netizen telah mula memberikan reaksi positif kepada gambar kontroversi bekas kekasih Choiza itu.

Malah, ada netizen berasa bangga yang Korea kini sedang bergerak seiring dengan pergerakan feminis “Free The Nipple”.

Selain itu, kajian juga telah membuktikan yang tidak memakai bra sebenarnya memberikan banyak kebaikan dari segi kesihatan kepada wanita.

Ini kerana ia boleh menguatkan payu dara dengan menggalakkan tisu payu dara yang sihat, meningkatkan peredaran, memperbaiki tidur dan banyak lagi.

Yang pastinya itu menunjukkan yang netizen Korea Selatan secara perlahan-lahan tetapi sudah pasti mula memberikan reaksi positif terhadap perubahan progresif yang baru untuk wanita. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *