Pasangan dari Perancis beli ‘gua sampah’ hanya RM5

Siapa sangka gua sampah ini mampu berubah menjadi kediaman indah yang indah lagi selesa untuk didiami.Jangan pandang rendah pada rumah lelong, rumah tinggal mahupun rumah terbiar. Jika kena caranya, rumah-rumah ini boleh jadi lebih cantik malah bernilai tinggi tau!

Contohi pasangan dari Perancis ini, yang nekad membeli ‘gua sampah’ pada harga lelong hanya serendah € 1 (RM5)sahaja, namun berjaya mengubahsuai gua tersebut menjadi rumah yang cantik dan selesa! Hebat kan!

Kisahnya bermula apabila Alexis Lamoureux yang berumur 24 tahun terpaksa kembali ke kampung halamannya, yang terletak di sebuah bandar kecil di Perancis, iaitu Amboise, selepas bar tempat kerjanya muflis. Lamoureux berharap dapat mencari pekerjaan di kampungnya itu dan menyewa sebuah rumah yang murah untuk tinggal bersama teman wanitanya, Lotte Van Riel.

25 Tahun Terbiar

Dengan duit yang sedikit untuk menyewa sebuah rumah di Amboise tampak mustahil sehinggalah Lamoureux teringat tentang rumah ibu saudaranya di sebuah gua yang tidak didiami dan terbiar selama hampir 25 tahun.

Apabila melihat keadaan rumah gua tersebut, pasangan tersebut terkejut melihat longgokan sampah yang dihurungi tikus dan lipas memenuhi ruang rumah gua itu. Dinding gua pula kelihatan rapuh ditambah dengan ketiadaan sistem pembentungan, air dan elektrik. Ruang ini jelas sangat tidak sesuai untuk didiami langsung.

Walau bagaimanapun, Lamoureux dan Riel bertekad untuk mengubah suai rumah gua yang dipenuhi sampah sarap ini sendiri dan memberikannya ‘wajah baru’. Jadi, mereka membelinya dengan harga € 1(RM 5) di sebuah agensi lelong.

10 Bank Tolak Pinjaman

Kesungguhan pasangan ini wajar dipuji. 10 buah bank yang mereka pergi untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi mengubah suai rumah sebanyak €25,000 semuanya ditolak.

Namun, pasangan ini tidak berputus asa, malah menghabiskan masa selama 3 tahun dengan bekerja di restoran ayah Lamoureux untuk mengumpul duit bagi menampung kos mengubah suai rumah tersebut.

Pasangan berjaya mengumpulkan kos pengubahsuaian sebanyak € 35, 000 (RM 167, 133) untuk memperkuatkan dinding gua dan membina sistem pembentungan serta elektrik. Semua ini dilakukan mereka sendiri. Perabot rumah pula dibeli dari pusat barangan terpakai.Berkat usaha pasangan ini, selepas 1 tahun, rumah gua ini akhirnya berwajah baru dengan penukaran 360 darjah!

Jadi Sumber Pendapatan

Setelah diubahsuai rumah ini memiliki dua bilik tidur, dua bilik air dan sebuah dapur. Malah memiliki internet, seperti kebanyakan rumah moden lain.

Lebih istimewa, Lamoureux dan Riel bukan hanya memiliki rumah untuk didiami malah memperolehi sumber pendapatan daripada “rumah gua” tersebut. Mereka menyewakan sebuah bilik berasingan dirumah tersebut pada harga €50 (RM250) semalam dan turut tersenarai didalam web penginapan sewa rumah Airbnb.

Hebat kan! Tahniah buat pasangan ini, semoga menjadi inspirasi buat kita.

Sumber – limaumanis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *