Pasangan suami isteri temui objek aneh seperti telur goreng mata kerbau

Sepasang suami isteri dari Singapura telah pergi bercuti di satu tempat peranginan di Laut Aegean. Semasa mereka mahu pergi menyelam, mereka telah menemui satu ‘objek aneh’ terapung-apung di permukaan laut.

Tanpa berfikir panjang, si suami dengan segera memanggil objek itu sebagai “telur goreng mata kerbau” disebabkan rupanya yang seperti itu.

Tetapi mengapa pula secara tiba-tiba di tengah laut terdapat telur goreng mata kerbau? Dengan perasaan ingin tahu, si suami ini telah mendekati objek itu dan menyentuhnya dengan berhati-hati.

Objek itu hanya terapung-apung dan tidak bergerak. Jadi pasangan ini kemudian mengambil keputusan untuk mengambilnya.

Mereka mengambil kayu dan menyentuh objek itu dengan berhati-hati. Objek telur goreng mata kerbau itu dipusingkan dari atas ke bawah.

Dan mereka mendapati bahawa objek aneh itu adalah sejenis spesis obor-obor.

Si suami terus mencuba mengangkat dan mengalihkan obor-obor itu dan membawanya ke daratan. Selepas diteliti, bentuk obor-obor ini benar-benar seperti telur goreng mata kerbau.

Terdapat kuning telur di tengah dan putih telur dikelilingnya. Pasangan ini terus meneliti objek obor-obor aneh ini dan menyiasat dari mana spesis sebenar obor-obor ini berasal.

Akhirnya mereka mendapat tahu bahawa obor-obor ini dinamakan Cotylorhiza tuberculata atau nama lainnya obor-obor telur goreng mata kerbau.

Cotylorhiza tuberculata adalah satu spesis obor-obor yang juga dikenali sebagai obor-obor Mediterranean atau obor-obor telur goreng mata kerbau.

Ia biasa ditemui di Laut Mediterranean, Laut Aegean dan Laut Adriatik. Diameter obor-obor ini boleh mencecah sehingga 35 sentimeter.

Obor-obor ini tidak membahayakan manusia kerana ia tidak mempunyai sengat seperti spesis obor-obor yang terdapat di lautan lain.

Obor-obor telur goreng mata kerbau ini hanya boleh mencapai lebar sepanjang 17 sentimeter. Ia sangat lembut dan rupanya dari atas seperti telur goreng mata kerbau.

Tepinya dikelilingi seperti bentuk cincin yang melengkung dengan bawahnya berbentuk seperti debunga kecil yang lembut.

Pasangan ini sangat bertuah kerana telah menemui satu spesis obor-obor yang sangat unik dan ia hanya boleh dijumpai di tiga lautan dalam negara Eropah dan Mediterranean sahaja.

Sumber – tingkapnako

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *