Pasangan Yang Gemar Bermesra Di Hadapan Orang Ramai Sebenarnya Sengaja Lakukan Perbuatan Itu?

Berdasarkan satu kajian, penyelidik telah Berjaya menemui punca sebenar mengapa seorang individu itu gemar menunjukkan kemesraan mereka. Dalam kajian yang diterbitkan di ‘The Jornal of Sex Research’, penyelidik telah mencari punca sebenar yang membuatkan seorang individu itu gemar menunjukkan kemesraan bersama pasangan mereka di depan orang ramai.

Manurut laporan Women’s Health, dengan mengunakan 155 orang pelajar perempuan dan 194 orang pelajar lelaki, penyelidik telah meminta ke semua responden itu menjawab soalan atas talian. Soalan yang ditanya adalah berkaitan kekerapan menunjukkan kemesraan di hadapan orang.

Di dalam soalan itu, responden akan diberikan soalan ‘performative making out’ atau menunjuk-nunjuk kemesraan supaya dapat dilihat oleh orang lain.

Hasil dari kajian itu menunjukkan ramai responden kurang gemar bermesra atau menunjukkan kemesraan mereka di depan orang ramai. Manakala, seramai 32% wanita dan 37% lelaki dari responden itu mengaku pernah melakukan perbuatan itu.

Penyelidik juga telah mencari tema terbesar dari data itu dan menemui beberapa punca yang menarik iaitu sebanyak 55% wanita mengatakan yang mereka bermesra di hadapan orang ramai untuk membuatkan orang itu berasa cemburu.

Selain itu, seramai 34% responden mengatakan yang mereka lakukan itu untuk menunjukkan hubungan mereka, sementara 30% yang lain pula lakukan itu untuk membaiki imej mereka di depan orang.

Bagi lelaki pula, sebanyak 59% responden menunjukkan kemesraan di depan khalayak ramai bertujuan untuk merangsang imej mereka, 38% orang lelaki pula hanya ingin membuktikan yang mereka boleh lakukan itu sementara 20% lagi ingin menunjuk-nunjuk di hadapan orang.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *