Pekerja Hotel Bidas Pelanggan Yang Beri Ulasan Negatif Dengan Menyuruhnya Diet

Apabila pergi bercuti anda pasti akan mengharapkan tempat tinggal atau hotel yang akan anda duduk sepanjang percutian itu menarik dan selesa supaya anda boleh menikmati percutian itu sepenuhnya.

Namun, ia agak mengecawakan bila hotel yang anda tempah secara atas talian itu hanya ‘indah khabar daripada rupa’ ia boleh membuatkan anda berasa kecewa sehingga mood untuk bercuti juga hilang.

Dan, untuk zaman yang serba moden ini, adalah biasa untuk tetamu tinggalkan ulasan mereka mengenai hotel itu supaya orang lain boleh ketahui yang hotel itu tidak seperti yang digambarkan di Internet.

Seperti yang berlaku kepada seorang ibu yang telah menempah bilik untuk dua malam di sebuah hotel bajet di Blackpool, England untuk menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya.

Meskipun harga hotel itu untuk dua malam adalah $50. Emily Chance masih berasa tidak gembira kerana padanya hotel itu sangat teruk dan memerlukan banyak penyelengaraan.

Disebabkan rasa tidak puas hati, Chance telah menulis ulasannya mengenai hotel itu di Booking.com dengan mengatakan, “Apabila anda berjalan masuk, bau dia sangat mengerikan dan ia melekat pada pakaian dan barang-barang saya.

Terdapat kotoran di setiap sudut bilik mandi dan sebahagian besar penutup plastik telah hilang. Tuala juga tidak ditukar jadi pada dasarnya jangkakan untuk mengunakan tuala yang sama…

Keseluruhan Hiasan adalah dalam keadaan yang tidak baik, dari karpet sehingga ke tingkap…. Sangat mengecewakan memandangkan taraf hidup dan persekitaran tinggi yang saya dan suami tinggal. Mempunyai OCD, saya menderita teruk dengan persekitaran Hotel Nelcon.”

Selepas meninggalkan ulasan dan memberikan hotel itu rating sebanyak 3.8 dari 10, Chance sangat terkejut apabila ulasannya itu telah mendapat jawapan balas daripada pekerja Hotel Nelcon.

Boleh saya tanya apa yang awak jangkakan dengan apa yang awak bayar? Kebanyakan apa yang awak terangkan, saya iktirafnya sebagai satu perkara yang menarik.  Saya rasa awak mungkin jangkakan hotel 4 bintang.  Kami adalah hotel bajet.

Dia bertambah terkejut apabila beberapa hari selepas mendapat jawapan balas itu, dia juga telah menerima mesej kemungkinan dari pekerja yang sama mengatakan,

Bagi seseorang yang tidak pernah pergi jauh sebelum ini, anda tidak kelihatan gementar.  Malah, anda kelihatan seperti satu kerja buruk yang mungkin perlu kuruskan badan kerana anda mesti benci semua benda dan semua orang.

Chance memberitahu SWNS, “Saya tinggalkan ulasan yang jujur mengenai betapa teruknya Hotel Nelcon, hanya seorang pekerja telah menyibuk dengan pergi ke akaun saya dan menghantar mesej secara peribadi menggunakan nombor peribadi mereka katakan yang saya perlu menguruskan badan.”

Ini tidak sepatutnya berlaku, ia adalah terlalu peribadi dan mereka tidak mempunyai hak untuk mengutuk pelanggan.  Ia adalah satu kemarahan.  Mereka perlu didedahkan dan orang perlu tahu berapa teruknya hotel itu.”

Pekerja lelaki itu bagaimanapun menegaskan yang ulasan Chance itu “penuh dengan pembohongan” dan dia juga sama sekali tidak berasa menyesal menghantar mesej seperti itu kepada Chance.

Saya tidak mempunyai masalah dengan orang yang memberikan ulasan kepada kami, tetapi apa yang dia tulis adalah “penuh dengan pembohongan.”  Hotel ini tidak kotor dan berbau.  Dia sedang mencari masalah yang tidak ada. Ulasan itu menjijikkan. Ini adalah hotel bajet tetapi kami tidak kotor dan tidak layak dibohongi.

-utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *