Terkena Strok dan Lumpuh Sebelah Badan Selepas Main ‘Game’ Selama 72 Jam

Seorang pelajar universiti di Changsha, China dilaporkan mengalami strok di bahagian otak selepas bermain permainan komputer selama tiga hari berturut-turut di sebuah kafe.

Dari pulang ke kampung, Xiao Xie, 21 tahun telah putuskan ingin menghabiskan cuti am selama 8 hari di kafe bersama kawan-kawannya untuk maraton bermain permainan komputer di siber kafe.

Mereka kemudian telah menjadi ketagih dengan permainan itu dan bermain selama 72 jam tanpa henti dan tidak meninggalkan kafe itu walaupun untuk seketika.

Pada malam Festival Pertengahan Musim Luruh, Xie mula menjadi senyap dan muntah-muntah.  Tidak lama selepas itu, Xie telah pengsan di hadapan komputernya.  Kawan-kawannya menjadi panik dan bergegas membawanya ke hospital yang berdekatan.

Ketika berada di hospital, Xie masih tidak sedarkan diri dan bahagian kanan badannya pula telah lumpuh. Seorang pakar neurologi dari hospital lain datang untuk memeriksa Xie dan mendapati yang Xie sebenarnya mengalami ‘cerebral stroke’.

Keadaannya yang bertambah kritikal ketika itu memaksa doktor supaya melakukan pembedahan untuk membuang semua gumpalan yang terdapat dibahagian otaknya. Selepas pembedahan itu, Xie mula sedar dan kini di dalam proses untuk pulih.

Xie juga telah mula boleh mengawal bahagian kanan badannya tetapi masih perlu mengikuti beberapa rawatan susulan.

Menurut pakar neurologi di hospital, strok kini tidak lagi berlaku kepada orang yang sudah berumur sahaja kerana lebih ramai orang muda, terutama sekali pelajar universiti, dilaporkan telah didiagnosis menghidap strok.

Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu itu terkena ‘cerebral stroke’ adalah duduk terlalu lama, kurang mengambil makanan dan minuman serta menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer.  Juga, seorang individu yang kurang melakukan aktiviti diluar yang penting untuk peredaran dadah mereka.

Oleh itu, mari jadikan ini sebagai satu pengajaran untuk lakukan apa pun aktiviti secara sederhana.  Sekurang-kurangnya, itu adalah benda yang terbaik kita boleh lakukan demi kesihatan diri sendiri. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *