Pelantikan Kit Siang jadi PM bakal cetus huru-hara

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri dilihat hanya akan mendatangkan huru-hara dalam Pakatan Harapan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee berkata, beliau kurang yakin kemampuan Kit Siang untuk menjadi orang nombor satu negara memandang­kan pemimpin itu tidak pernah menyandang mana-mana jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri selain parti.

“Kit Siang tidak pernah menjadi menteri atau memegang jawatan Exco, jadi bagaimana kita boleh menilai beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik.

“Malah, sekiranya Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri dikhuatiri Pakatan Harapan juga akan menjadi huru-hara dan tahapnya tidak dapat dijangkakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, bekas ahli seumur hidup DAP, Dr. Shamsher Singh Thind pula hairan dengan kenyataan Zaid yang menganggap Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik.

“Saya tidak pasti sama ada Zaid sedang mengipas Kit Siang untuk mendapat kerusi bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 atau diupah untuk menamatkan riwayat politik pemimpin veteran itu dengan membuat kenyataan sedemikian, jika benar dibuat olehnya,” kata beliau.

Menurutnya lagi, Zaid dan Kit Siang tidak layak mempertikaikan mengenai isu kepercayaan kerana kedua-dua pemimpin itu sedang bekerjasama dengan individu yang sebelum ini pernah menuduh mereka melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

“Mungkin Zaid terlupa bahawa UMNO sekarang yang dikatakan rasis adalah diwujudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1988,” katanya.

 

Sumber – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *