Pemilik kenderaan Rolls-Royce Phantom terkejut ‘ditelan’ lubang

HEILONGJIANG – CHINA . Seorang pemilik kenderaan mewah, Rolls-Royce Phantom terkejut apabila sebuah lubang tiba-tiba terbentuk di laluannya.

Laporan The Asian Verge mengatakan pemilik kenderaan bernilai AS$752,700 (RM3,184,673.70) berkenaan terpaksa menyelamatkan diri melalui tingkapnya.

Sebelum kejadian, kenderaan tersebut dilihat menunggu lampu merah dan bergerak ketika lampu hijau, sebelum jalan raya tiba-tiba runtuh di laluannya.

Lubang tersebut yang dianggarkan sedalam enam kaki kini telah ditutup dari laluan orang ramai kerja pembaikan dan kenderaan tersebut telah diangkat keluar.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *