Peminat Marah, Menyampah Dengan Perangai Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong dimarahi peminat kerana sikapnya yang sering jual mahal apabila ditanya mengenai hal berkaitan dengan percintaannya.

Perangai Emma itu juga membuatkan peminat berasa geram dan menyampah dengan aktres tersebut.

Bagaimanapun, jangan salah sangka kerana perasaan benci itu wujud disebabkan keberkesanan watak Intan lakonan Emma menerusi drama Awak Suka Saya Tak?

Selain Emma, drama tersebut juga turut menampilkan Alvin Chong yang memegang watak utama sebagai Hilman.

Menerusi sedutan drama yang dikongsi oleh Alvin di akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi, rata-rata peminat meluahkan rasa geram dan melabelkan Intan sebagai wanita yang hanya pentingkan diri sendiri.

Alvin juga turut berkongsi kapsyen yang menunjukkan Hilman berada dalam dilema disebabkan perangai Intan.

Berikut merupakan antara beberapa komen yang ditujukan kepada ‘Intan’:

@jamaliza69: Intan sangat pentingkan diri! Menyampah watak Dia! Ish

@wafaazain: Intan jual mahal sangat!!! @alvinchong123

@ayu_b09: Alamakkk. Keliru laa macam mana ni!!! Dia main tarik tali pulak dah. Tak sabar nak tengok episod seterusnya @alvinchong123

@syillstagram: I am so stressed with intan. Saya berpihak kepada awak Hilman! Be Strong!

@afyqahdalilah: Ntah apa yang dia nak sebenarnya. Eh geram pulak kita.

@u.a.j.7: Adui Intan. Dah-dah lah tu. Aku pulak yang bengang. Asyik gaduh je korang ni. Hahahah

 

Sumber : astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *