Peminat Teruja Taylor Swift Tonton Dan Tinggalkan Komen Di Instagram Live

Bagi peminat kepada penyanyi Taylor Swift, awas ya anda mungkin sedang diintip oleh idola anda itu.

Ya, kebelakangan ini penyanyi lagu Shake It Off itu dikatakan sering mengintip akaun media sosial para peminatnya.

Malah, secara diam-diam dia mungkin meninggalkan komen di laman Instagram anda. Wow!

Memetik E! News, salah satu contohnya apabila Taylor muncul dalam sebuah sesi Instagram live peminatnya.

 

Dalam momen itu, si peminat sempat bertanya di mana lagu ‘All Too Well’ versi berdurasi 10 minit?

Taylor pula rajin menjawab dengan berkata, “Ada di suatu tempat dalam laci…saya tak tahu..”

Bukan itu sahaja, Taylor sempat menghantar DM (direct message) kepada peminatnya selepas sesi Instagram live. Amboi memang rajinnya dia!

 

sumber : cariforum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *