“Pencacai yang sebenarnya adalah Dyana Sofya” – Haryaty

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud terus diperalatkan oleh DAP demi kerjaya politik `bossnya’ dengan melakukan pelbagai serangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Puteri Umno, Haryaty Hamdzah berkata, ini terbukti apabila Dyana Sofya menyerang Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dengan mendakwa sebagai `Cif Pencacai’ kepada Perdana Menteri.

“Jika kita lihat secara menyeluruh pencacai yang sebenarnya adalah Dyana Sofya apabila beliau mengikut telunjuk daripada Kit Siang demi kerjaya politik dirinya dan `bossnya’ (Kit Siang).

“Ini jelas apa yang diperkatakan oleh Tan Sri (Annuar) apabila dalam Program Bicara Minda yang menyatakan adalah tidak penting siapa memerintah, yang penting sebenarnya adalah siapa yang menguasai. Ini terbukti ia berlaku dalam DAP,” katanya.

Haryaty berkata, beliau ingin menasihatkan agar Dyana Sofya bersihkan namanya daripada membuat pelbagai tuduhan terhadap orang lain memandang sehingga kini masih belum membuat laporan polis berikutan perempuan mirip beliau dan Zairil Khir Johari yang melakukan hubungan intim.

“Saya ingin mengingatkan Dyana Sofya jangan mempersoalkan perjuangan dan jasa Umno serta BN kepada golongan wanita muda di negera ini, sebaliknya beliau harus fokus untuk menjernihkan namanya terlebih dahulu termasuk pulihkan diri dari virus LKS,” katanya.

Terdahulu, Dyana Sofya mengeluarkan kenyataan pada media pembangkang berhubung Program Bicara Minda dan Dialog Semasa Perjuangan For All yang dianjurkan oleh Penerangan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang membicarakan pengiktirafan Kerajaan BN terhadap wanita dan perjuangan wanita muda dalam negara ini.

Haryaty berkata, BN telah berjaya meletakkan ramai pemimpin wanita muda dibeberapa platform utama dalam negara, tidak kurang yang menjawat jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan Negeri dan pelbagai lagi ini membuktikan kerajaan sentiasa mengiktiraf golongan wanita di negara ini.

 

Sumber – klxpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *