Penganjur kepala batu, pekak badak

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan mereka yang terlibat seperti pekak badak.

“Mana tidaknya, penganjur dan mereka yang turut serta dalam pesta itu langsung tidak peduli dengan sensiviti masyarakat Malaysia keseluruhannya.

“Penganjur membelakangi semangat perlembagaan. Nampak sangat kepala batu dan pekak badak,” sindir Pengerusi Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran Oktoberfest ke-45 di Pulau Pinang oleh Persatuan Jerman Malaysia.

Meskipun mendapat bantahan seperti di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri merelakan penganjuran Oktoberfest di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Ustaz Omar berkata, mereka sebenarnya sudah hilang segala rasa sensitiviti terhadap umat Islam.

“Mudahnya, kita anggap mereka hilang rasa hormat kepada Perlembagaan negara yang dipersetujui bersama.

“Sedangkan orang Melayu telah terlalu banyak toleransi sejak kemerdekaan,” katanya.

 

Sumber – Ismaweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *