Penjelasan Saintifik Kenapa Kita Rasa Mengantuk Bila Bosan

Kebanyakan orang akan memilih untuk tidur apabila mereka berasa bosan meskipun sebenarnya mereka telah mendapatkan tidur yang cukup semalam. Satu kajian baru-baru ini telah mendedahkan kenapa seorang individu itu akan berasa mengantuk ketika bosan.

Permasalahan itu berlaku disebabkan oleh pusat kenikmatan otak atau nucleus accumbens. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saintis daripada Universiti Tsukuba, Jepun, nucleus accumbens di bahagian depan otak mempunyai kemampuan yang sangat kuat untuk membuatkan seseorang itu tertidur.

Bahagian teras otak memainkan satu peranan yang paling penting dalam sistem ganjaran otak. Apabila seseorang individu itu melakukan perbuatan atau rutin yang seronok seperti makan, bersosial, atau melakukan hubungan intim, sistem ganjaran otak akan mengeluarkan dopamine hasil daripada rangsangan perbuatan itu.

Oleh itu, apabila tiada rangsangan, nucleus acembus akan membuatkan badan berasa penat dan itu seseorang itu akan terasa mengantuk. Habit itu juga sama seperti apabila seseorang itu mengantuk disebabkan oleh kekurangan tidur.

Badan seseorang itu akan berasa penat mengikut jam biologikalnya sendiri. Tetapi perbuatan tidur atau bangun juga boleh dipengaruhi melalui kesan kognitif dan emosi.

Nucleus accembus mempunyai banyak receptor yang yang membalas pemancar neuro atau adenosine yang membantu badan mengawal kitaran tidur dan bangun. Jika receptor menangkap isyarat tidur dari adenosien ketika individu itu berasa bosan, ia boleh membuatkan orang itu berasa mengantuk.

Dan, meskipun berasa mengantuk muncul ketika sedang bosan, ia boleh dihilangkan dengan meminum kopi atau teh. Ini kerana, kafien yang terkandung di dalam kedua-dua minuman itu berasal daripada kimia yang sama dengan adenosin.

Hasil dari kajian yang diterbitkan dalam Nature Communications, jika anda berasa bosan tetapi tidak mahu tidur, cara yang terbaik untuk menghalangnya adalah dengan meminum kopi atau teh. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *