Taylor Swift Jelas Isu ‘Bogel’ Dalam Muzik Video ‘….Ready for It?’

Los Angeles – Beberapa hari lepas, Taylor Swift baru sahaja mengeluarakan muzik video terbaru untuk lagu ‘…Ready for It?’ dan ternyata karya terbaru Taylor itu telah berjaya menarik perhatian ramai orang.

Namun, punca sebenarnya muzik video yang telah mempunyai lebih daripada 34 juta ‘viewers’ di Youtube itu mendapat perhatian ramai kerana penampilan ‘tanpa baju’ Taylor di dalam muzik video itu.

Akan tetapi, Taylor tidak bogel di dalam muzik video itu, hanya kerana penyanyi berusia 28 tahun itu memakai pakaian renang sama warna dengan kulitnya, netizen telah menganggap Taylor benar-benar bogel dalam muzik video itu.

Meskipun semuanya telah jelas, Taylor masih lagi menjadi bahan kritikan netizen, dan demi menghentikan segala kata-kata negatif yang diterimanya itu, menerusi ‘Insta Story’-nya Taylor dengan penuh sarkastiknya mengatakan yang dia sangat gembira dengan reaksi yang netizen berikan.

Ia benar-benar menenangkan hati saya kerana ramai orang mempunyai begitu banyak perkara untuk dikatakan mengenai baju renang itu.

Namun, bukan penampilan bogel Taylor itu sahaja yang menganggu netizen kerana netizen turut percaya yang muzik video itu sama seperti filem Ghost in the Shell.

Sejak teaser muzik video itu dikeluarkan lagi netizen sudah mula mengaitkan muzik video ..Ready for It? itu dengan filem sains fiksyen Ghost in The Shell. Malah, adegen Taylor berjalan masuk ke dalam satu bilik sambil memakai jubah hitam telah mengingatkan netizen pada salah satu adegen filem Blade Runner.

Selain mengambil inspirasi daripada filem Ghost in the Shell dan Blade Runner, ‘…Ready for It?’ juga dkatakan mempunyai masej misteri dan salah satu mesej yang berjaya dirungkaikan netizen adalah maksud nombor 8991 pada permulaan muzik video itu.

Netizen mengesyaki nombor itu sebenarnya adalah tahun kelahiran Taylor dan teman lelaki barunya iaitu Joe Alwyn.

Selain itu, ‘…. Ready for It?’ adalah muzik video terbaru hasil kerjasama Taylor dengan Joseph Khan selepas muzik video Blank Space, Bad Blood, Wildest Dream, Out of the Woods, dan Look What You Made Me Do. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *