Perasaan Curiga Seorang Wanita Berjaya Selamatkan Bayi Dari Dijual

Seorang wanita yang bernama Lee telah menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke rumah selepas bekerja yang mana pada awalnya keadaan di dalam bas itu sangat tenang sehinggalah seorang lelaki yang memakai kemeja putih menaiki bas itu secara tiba-tba.

Lee yang sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya, terperasan yang lelaki itu kelihatan sangat cemas kerana telah duduk di dalam bas tanpa membayar tambang bas terlebih dahulu.

Dan, bayi yang dipegang lelaki itu juga telah menangis dan dia bertindak menepuk belakang bayi itu dengan kuat berbeza daripada perbuatan ibu bapa yang berpengalaman.

Selain itu pakaian bayi itu juga telah menambahkan lagi rasa curiga Lee kerana cuaca di Sichuan, China selepas Fesival Pertengahan Musim Luruh adalah sejuk dan mana-mana bapa sekali pun tidak akan membiarkan anak mereka memakai baju lengan pendek dalam cuaca yang sejuk seperti itu.

Semua keanehan itu membuatkan Lee menjadi curiga adakah lelaki itu bapa kandung kepada bayi itu.  Dia kemudian secara perlahan-lahan berjalan menuju ke belakang bas untuk mengambil gambar lelaki bersama bayi itu, dan kemudian menghantar gambar itu ke media sosial polis tempatan.

Malangnya, telefon bimbit Lee hampir terpadam kerana kehabisan bateri sewaktu tiba di dua lagi perhentian sebelum sampai ke terminal bas jadi Lee putuskan untuk mengikuti lelaki itu.

Namun, lelaki itu tidak turun meskipun bas itu berhenti di stesen terakhir. Oleh sebab lelaki itu tidak turun, Lee menganggap lelaki itu akan bertukar kepada kereta api pula apabila tiba di terminal nanti.

Lee kemudian bergegas pulang ke rumah untuk menelefon polis.  Selepas dua jam, polis menghubungi Lee semula untuk memberitahu yang lelaki itu telah ditahan polis di stesen kereta api.

Mereka juga telah mengesahkan yang bayi itu sebenarnya telah diculik dan ingin dijual, serta berterima kasih kepada Lee atas tindakan pantasnya itu bagi pihak keluarga bayi malang itu.

Tindakan ‘superhero’ Lee itu telah menjadi viral di media sosial dan ramai netizen telah mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berjaga-jaga dan mengambil tindakan yang pantas tanpa membiarkan kejadian itu berlaku begitu sahaja. Bravo! –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *