Pesara tentera dikenal pasti sebagai penyerang festival muzik Las Vegas

LAS VEGAS: Pesara tentera dikenal pasti sebagai penyerang pada festival muzik Las Vegas yang menyeludup masuk senjata sebelum melepaskan tembakan rambang dari tingkap hotel ke arah penonton konsert itu.

Tembakan individu yang dikatakan seorang kaki judi dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terkorban.

Insiden yang berlarutan beberapa minit itu mencemaskan 22,000 penonton konsert yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Kejadian itu juga mengakibatkan 525 orang lagi cedera.

Identiti penyerang bersenjata itu disahkan sebagai Stephen Paddock yang menetap di Mesquite, Nevada.

Setakat ini, motif kejadian belum dapat ditentukan dan lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan melakukan serangan itu sendirian.

Berdasarkan siasatan latar belakang suspek, bapanya pernah merompak bank dan disenaraikan antara individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Siasatan awal polis juga mendapati Paddock yang menembak mati dirinya sebelum polis menyerbu lokasi kejadian tidak mempunyai rekod jenayah.

Jurucakap polis, Joseph Lombardo berkata, pihaknya juga tidak mempunyai bukti yang mengaitkan suspek dengan kegiatan militan. – Reuters

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *