Petani China Temui ‘King of Mushroom’

Sebuah perkampungan berhampiran Tengchong, Yunnan, China adalah rumah kepada sekumpulan cendawan yang begitu besar sehingga penduduk di kamung itu telah menganggapnya sebagai raja cendawan atau “King of Mushroom.”

Sekumpulan cendawan itu boleh mencecah sehingga 83.5 cm (32.8 inci) tinggi, cendawan yang paling luas, cendawan paling jauh dicapai, yang juga dikenali sebagai kaki gajah atau “Elephant Foot” sahaja sudah mempunyai diameter yang sangat mahal iaitu 40 cm (15.7 inci).

Menurut South China Morning Post, pada awalnya, raja cendawan itu ditemui oleh seorang petani berusia 81 tahun yang berjalan semata-mata untuk mencari cendawan tetapi telah tersadung sekumpulan cendawan yang besar.

Saya berusia 81 tahun dan tidak pernah melihat cendawan besar sepert itu dalam hidup saya.

Penyelidik dari Akademi Sains China, Yang Zhuliang mendedahkan yang cendawan jenis itu sebenarnya boleh dimakan, jadi sesetengah pengunjung mungkin akan tergoda ingin mencabutnya.

Oleh itu, petani itu terus meletakkan pagar perlindungan di sekeliling cendawan gergasi itu untuk menghalang pengunjung dari merosakkan atau memakan raja cendawan itu dan berhara dapat memeliharanya supaya pengunjung masa hadapan masih boleh melihat cendawan gergasi itu.

Lebih menariknya, sekumpulan kulat yang besar itu telah berjaya menarik perhatian beberapa orang pengunjung untuk datang ke kampung itu untuk bergambar atau mengambil ‘selfie’ di sekitar cendawan lagenda itu.

Sementara itu, berita baiknya dalam penemuan ini adalah kulat gergasi itu juga tidak mempunyai kaitan dengan keluarga cendawan ‘orgasm-indusing’. Jika tidak, pengunjung pasti akan beratur dengan hidung mereka berbanding dengan kamera. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *