Pihak berkuasa Bangladesh musnahkan 20 bot pelarian Rohingya

SHAH PORIR DWIP: Pihak berkuasa Bangladesh didakwa memusnahkan kira-kira 20 bot yang membawa etnik Islam Rohingya yang dituduh menyeludup dadah ketika penghijrahan beramai-ramai pelarian ke negara itu.

Pelarian turut mendakwa pengawal sempadan memukul dan menahan penumpang selepas mereka tiba di sini, di selatan Bangladesh sebelum bertindak memusnahkan kapal berkenaan.

Komander Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel Ariful Islam bagaimanapun menafikan dakwaan memukul.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya bertindak tegas terhadap sebarang kegiatan penyeludupan manusia serta dadah.

Walaupun ada penumpang bot memberitahu mereka tidak melihat sebarang dadah, namun pengawal sempadan menegaskan telah menemui sejumlah besar dadah di dalam air.

“Pengendali bot mungkin membuang dadah tersebut sebelum menurunkan penumpang,” menurut Ariful kepada Reuters.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *