Pindah lokasi lain atau diambil tindakan – KPN

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap penganjur perhimpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ sekiranya program itu diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lokasi dipilih penganjur perhimpunan itu tidak sesuai dan mendapat tentangan daripada penduduk sekitarnya.

“Kita terima empat laporan polis daripada penduduk yang tidak mahu perhimpunan itu diadakan di situ kerana akan menimbulkan kesesakan yang teruk selain kacau ganggu.

“Saya cadangkan kalau mahu diteruskan juga buatlah di Stadium Kelana Jaya, lebih mudah penganjur dan PDRM untuk mengawal keadaan dan penduduk sekitarnya juga kurang terganggu,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Bual Bicara Sarapan Pagi: Integriti di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 100,000 penyokong bakal membanjiri perhimpunan tersebut yang juling kali diadakan selepas gabungan empat parti pembangkang itu mengemukakan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), akhir Julai lalu.

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *