Polis tahan dua lelaki susulan penemuan mayat

GOMBAK: Polis menahan dua lelaki berusia 26 dan 51 tahun susulan penemuan mayat di Jalan Gombak Lama.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada malam Isnin selepas mayat seorang lelaki ditemui di tepi lereng bukit oleh orang awam.

“Mereka akan direman sehingga Sabtu untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa dikenal pasti sebagai warga Sri Lanka berusia 32 tahun dan juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam kejadian, kira-kira 1.50 tengah hari Isnin, polis menemukan mayat seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan tersangkut di tepi lereng bukit di Jalan Gombak Lama di sini.

Mayat lelaki itu dipercayai dicampak dari atas tebing setinggi 15 meter.

Selain itu, tangan mangsa turut diikat menggunakan dawai manakala kepala dan kakinya pula dibungkus dengan karung guni berwarna putih.

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *