Pulau Pinang berdepan risiko bencana alam sekitar.

Di kala dunia sedang mengalami perubahan iklim yang ketara akibat daripada proses globalisasi dan pembangunan yang tidak terkawal, ianya semestinya akan memberi kesan impak negatif kepada alam sekitar.

Jesteru, kebanyakan negara dan kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memastikan alam sekitar di negara mereka terus dipelihara dengan menjalankan kempen-kempen untuk memelihara alam sekitar.

Antaranya seperti kempen Go Green, Save Earth, Kitar Semula dan sebagainya yang diwujudkan khusus untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara dan dijaga.

Tetapi berbeza pula di negeri Pulau Pinang, di mana keadaan alam sekitar dan kawasan tinggi di negeri itu seolah-olah tidak dipantau dan tidak dikawal oleh Kerajaan Negeri DAP.

Pembangunan kawasan tinggi dibiarkan berleluasa tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku.

Yang pasti, pembangunan kawasan tinggi ini telah dan akan menyebabkan bencana alam sekitar kepada kawasan persekitarannya akibat daripada proses pembangunan yang tidak terkawal .

Andai kata kawasan-kawasan tinggi ini dibangunkan tanpa kawalan sempurna maka proses hakisan yang melampau akan berlaku di kawasan tinggi di Pulau Pinang yang boleh menyebabkan kejadian bencana alam.

Oleh itu, kebarangkalian untuk berlakunya kejadian seperti hakisan tanah, banjir lumpur dan tanah runtuh di negeri Pulau Pinang adalah tinggi.

Ini kerana apabila kawasan-kawasan tinggi ini tidak lagi dilitupi dengan pokok-pokok yang melindungi kawasan bukit atau tanah tinggi, maka hujan lebat yang turun akan mengakibatkan kawasan pembangunan terdedah kepada risiko banjir lumpur dan tanah runtuh kerana permukaaan bukit atau tanah tinggi tidak lagi dilitupi pokok.

Hujan yang terus sampai ke permukaan tanah akan mempercepatkan lagi proses hakisan dan seterusnya boleh menyebabkan banjir lumpur dan tanah lumpur berlaku.

Secara keseluruhannya, Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak peka kepada keselamatan penduduk di kawasan tanah tinggi dan bahaya yang akan berlaku jika tiada sebarang tindakan kawalan dibuat ke atas pembangunan kawasan tinggi.

Jangan sampai nyawa melayang dan bencana dasyat berlaku baru Kerajaan Negeri DAP mahu ambil tindakan.

Kerakusan dan ketamakan Kerajaan Pulau Pinang merancakkan pembangunan kawasan tinggi jelas menunjukkan mereka langsung tidak menghiraukan kesan dan risikonya ke atas alam sekitar.

Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih gemar mengejar projek berbanding menjaga alam sekitar di negeri itu. Pulau Pinang kini berdepan risiko pencemaran alam sekitar tahap merisaukan. Terima kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang! – MN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *