Rekod DAP lebih menjurus kepada politik membangkang bukan politik mentadbir rakyat – Rais

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kerana kebolehannya dilihat banyak tertumpu kepada aspek menggembar-gemburkan isu politik merentasi masyarakat Tionghua sahaja, kata Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Penasihat Sosiobudaya Ke­rajaan Malaysia itu juga mempersoalkan tiada sebarang re­kod mahupun potensi meya­kinkan sehingga pemimpin parti pembangkang itu layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri di negara ini.

“Penilaian yang seharusnya di­buat oleh Datuk Zaid Ibrahim perlu bergantung kepada faktor sumbangan dan rekod kebaikan yang diberikan kepada rakyat. Malah, perkara ini belum terbukti dalam kehidupan masyarakat majmuk, jauh sekali beliau layak meme­gang tampuk pemerintahan.

“Rekod DAP juga lebih menjurus kepada politik membangkang bukan politik mentadbir rakyat. Oleh itu, jumlah 38 kerusi yang dimiliki DAP sekarang di Dewan Rakyat bukan syarat mutlak menjadi pemimpin yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rais, perkara berkenaan sekali gus memperlihatkan sikap sebenar DAP apabila menganggap pemimpin mereka lebih baik berbanding sesiapa sahaja dalam UMNO sebagai Perdana Menteri.

 

Sumber – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *