Remaja ada kepakaran buat bahan letupan ditahan ada kaitan dengan kumpulan militan

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa individu termasuk seorang remaja di Kelantan pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan kerana ada kepakaran dalam membuat bahan letupan.

Beliau mengesahkan lebih daripada satu tangkapan dilakukan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Masih terlalu awal untuk mendedahkan sebarang maklumat tetapi saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa tiga hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, Jumaat.

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *