Remaja Bakal Dipenjara Selepas Ditangkap Bersama Roti Ganja

Seorang wanita Jepun yang berusia 21 tahun telah ditahan di Lapangan Terbang Hiroshima selepas pihak berkuasa menemui ganja terselit di dalam roti ‘hotdog’-nya.

Menurut SoraNews24, Risa Yorizane, yang berasal daripada Hiroshima dan juga seorang pelajar kolej yang baru sahaja pulang dari bercuti di Eropah telah ditahan polis sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang itu.

Ini kerana, pegawai kastam yang memeriksa bagasi Risa telah menemui kira-kira 0.97 gram dadah jenis ganja di dalam roti ‘hot dog’-nya.

Risa juga telah mengaku yang dadah di roti itu memang kepunyaannya, tetapi dia tdak berniat untuk menyeludup dadah ke Jepun, dan mendakwa yang dia terlupa jika dia telah meletakkan dadah itu di dalam begnya.

Namun, Risa tidak mungkin dapat menyelamatkan dirinya dengan mudah kerana Jepun memang sangat terkenal dengan peraturan yang tersangat ketat terhadap pemilikan serta penyeludupan dadah ke dalam negara itu.

Individu yang ditangkap memilki ganja di bawah Undang-Undang Kawalan Ganja Jepun boleh berhadapan dengan penjara selama lima tahun, termasuk kerja keras, tanpa mengira jumlah seludupan yang dilakukan.

Akan tetapi, hukuman itu boleh dikurangkan sekurang-kurangnya enam bulan, tetapi ia jarang berlaku. Menurut Countryreports.org, “Hukuman untuk memiliki, menggunakan, atau mengedar dadah secara haram, termasuk ganja, adalah teruk, dan pesalah boleh menjangkakan hukuman penjara dan denda yang sangat panjang.”

Selain itu, suspek yang telah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah juga tidak dibenarkan untuk menerima pelawat kecuali peguam sehinggalah sesi pendengaran yang pertama. Laporan Beatles Daily mengatakan, terdapat beberapa kes sebelum ini, dimana pesalah yang ditangkap kerana memiliki dadah di Jepun telah berjaya keluar tanpa menghabiskan masa yang lama di penjara.

Contoh yang paling terkenal adalah kes James Paul McCartney pada tahun 1980 apabila dia hanya menghabiskan 9 hari di dalam sel 4-dengan-8 di penjara Tokyo sebelum dibebaskan dan dihantar pulang ke England. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *