Remaja lelaki cedera parah ditikam penyerang di London

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun cedera parah selepas ditikam seorang penyerang di King’s Road, Chelsea di barat London.

Polis yang mendapat panggilan bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira pukul 7.30 malam Selasa waktu tempatan (2.30 pagi Rabu waktu Malaysia).

Mangsa ditemui dalam keadaan ditikam dan dikejarkan ke hospital di tengah London.

Pasukan kecemasan menutup lokasi kejadian antara Beaufort Street dan Edith Grove.

Tiada penahanan dibuat berhubung kejadian setakat ini. – Mail Online

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *