Rokok Bakal Diharamkan di 20 Pantai Thailand

Kerajaan Thailand telah merancang untuk memulakan penguatkuasaan larangan merokok di pantai Thailand seawal bulan hadapan selepas menemui beberapa jumlah puntung rokok yang sangat membimbangkan di pesisir pantai mereka.

Menurut laporan The Nation, selepas menerima data terbaru daripada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Andaman yang lebih daripada 60 ribu putung rokok telah ditemui disepanjang 2.5km pantai tekenal Phuket, Phatong Beach,

Marine and Coastal Resources Department (MCRD) terus menyuarakan isu rokok ini sebelum Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Surasak Kanchanarat yang turut terganggu dengan penemuan itu suarakan.

Sebagai usaha untuk menjauhkan puntung-puntung rokok itu dari pantai-pantai mereka yang terkenal dengan kecantikannya itu, kerajaan Thailand merancang ingin mengeluarkan larangan merokok di kawasan pantai dengan alasan rokok merosakkan sumber laut.

Ketua Jabatan MCRD, Jatuporn Buruphat mengatakan, kerajaan akan memulakan penguatkuasaan larangan itu pada beberapa pantai yang terkenal di negara itu dan kemudian akan dilakukan ke semua pantai-pantai di Thailand.

Undang-undang larangan merokok di kawasan pantai itu akan diletakkan di bawah Undang-Undang Taman Laut, yang bermaksud jika merokok secara haram individu itu boleh dijatuhi hukuman yang berat seperti didenda THB100, 000 (RM12, 738) atau dipenjara selama satu tahun.

Antara pantai terawal yang akan dilakukan adalah Pattaya dan Jomtien (Pattaya City), Patong (Phuket), Mae Pim (Rayong), Laem Sing (Chantaburi), Bang Saen (Chonburi), Cha-am (Phetburi), Khao Takiab (Prachuap Khiri Khan), Bo Phut (Koh Samui), Sai Ree (Chumphon), Koh Khai Nok dan Koh Khai Nai (luar pantai Phang Nga).

Namun, Jatuporn mengatakan yang akan ada kawasan merokok berhampiran setiap pantai berserta tempat untuk membuang rokok itu juga akan disediakan sebelum memasuki kawasan pantai. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *